Jumaat, 14 Ogos 2009

Macro Photo II


Subjek yang mudah untuk dilihat secara mata kasar, tetapi dengan menggunakan makro lens, jurufoto boleh mendapatkan lebih mendalam dan halus terutamanya garisan, bentuk dan tekstur permukaan subjek yang biasanya kita lihat halus dan cantik.

Komposisi subjek makro memerlukan kreativiti dan menyusun sudut yang berbeza agar subjek lebih menonjol.

Dalam situasi yang panas semasa Festival Flora dan Taman Putrajaya 2009, saya meneruskan misi makro tanpa menggunakan sebarang tripod dan flash. Sampai ke Putrajaya pada jam 11 memang memberi cabaran disebabkan matahari dah mula berada di atas kepala. Matahari yang terik memberi kesan kepada visual foto sebab kontras yang keterlaluan. Tapi nasih baik pokok2 membantu untuk memberi perlindungan semulajadi.

Khamis, 6 Ogos 2009

Bukit Broga, Semenyih



















Aktiviti terbaru bersama my loving wife n her team JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran), lain2 cerita akan bersambung...

tiba-tiba...kami berdua ingat paling awal, rupenya dah berbaris kereta2 di dalam estet ni. Tanpa berlengah lagi, kami mendaki terus dengan tenang...













Penat memang dah semestinya, tp bila dah sampei ke puncak... hilang rasa kepenatan bila tak henti klik! klik! klik!...

Isnin, 20 Julai 2009

Hariff & Rosnita...

Merpati dua sejoli, sama cantik sama padan... sepasang suami isteri yang baru je membina masjid pada 26 Jun 2009 di Ampang. Tahniah kepada kamu berdua kerana berjaya di mahligai rumahtangga... semoga berkekalan hingga ke anak cucu

Khamis, 16 Julai 2009

Majlis Ngiling Bidai di Saloma Bistro Kuala Lumpur


Kuala Lumpur, 11 Julai 2009 Persatuan Warisan Sarawak Kuala Lumpur mengadakan majlis untuk menutup Hari Gawai yang disambut sebulan oleh kaum Bidayuh di Sarawak. Demi membantu persatuan, saya menawarkan perkhidmatan percuma untuk membuat liputan fotografi sepanjang majlis diadakan. Sekian...

Seronok? best juak!!!! Dr Laurence memberikan kebenaran untuk saya berada di dalam dewan Saloma Bistro
. Saya tak lepaskan peluang keemasan ini untuk memastikan acara dirakam dengan jayanya. Bagi memastikan lampu di pentas tak menganggu kualiti foto, saya gunakan RAW untuk memudahkan saya dalam post processing. Hasilnya...







































Ahad, 7 Jun 2009

Hazize dalam Facebook

Salam,
Facebook bukanlah perkara baru dalam internet tetapi dah ramai kekawan, selebriti, vip, vvip menyertai sektor ini dengan tujuan dan objektif masing-masing. Ada yg bertujuan untuk kenalan, bisnes, politik dll lagi. Semua itu dilakukan dengan satu matlamat,,, tak nak ketinggalan dalam dunia it dan komunikasi. So, marilah kita sama-sama berface-face untuk tujuan masing-masing tadi.