Jumaat, 14 Ogos 2009

Macro Photo II


Subjek yang mudah untuk dilihat secara mata kasar, tetapi dengan menggunakan makro lens, jurufoto boleh mendapatkan lebih mendalam dan halus terutamanya garisan, bentuk dan tekstur permukaan subjek yang biasanya kita lihat halus dan cantik.

Komposisi subjek makro memerlukan kreativiti dan menyusun sudut yang berbeza agar subjek lebih menonjol.

Dalam situasi yang panas semasa Festival Flora dan Taman Putrajaya 2009, saya meneruskan misi makro tanpa menggunakan sebarang tripod dan flash. Sampai ke Putrajaya pada jam 11 memang memberi cabaran disebabkan matahari dah mula berada di atas kepala. Matahari yang terik memberi kesan kepada visual foto sebab kontras yang keterlaluan. Tapi nasih baik pokok2 membantu untuk memberi perlindungan semulajadi.

Tiada ulasan: