Ahad, 30 Januari 2011

Foto Jalanan Gathering of the Tribe

15 Januari 2011, Kuching Convention Centre Borneo, Sarawak... foto jalanan pertama tahun ni di kampung sendiri, Kuching...  puas jugak cari alasan nak balik kampung.. akhirnya acara tahunan Tatto ni jadi tumpuan sebab nampak mcm seronok... mmg seronok tengok artis tatto ni buat seni tatto di kulit manusia... 

Foto Jalanan di Sambutan Hari Wilayah Persekutuan

29 Januari 2011, Dataran Merdeka Kuala Lumpur... sambutan diadakan pada 8.00 pagi dengan meriah dengan kedatangan Timbalan Perdana Menteri.  Sambutan bermula dgn pembarisan hormat dan disusuli ucapan perasmian dari TPM.  Protokol media tak lah ketat sangat mcm sambutan Hari Kemerdekaan.  Foto Jalanan kali ini sempoi je... tanpa banyak gangguan dari RELA n seronok jugak bertemu dengan ramai orang...


Ahad, 23 Mei 2010

Citrawarna 1Malaysia 2010


Kuala Lumpur, 22 Mei 2010 :  Citrawarna 1Malaysia diadakan lagi untuk memeriahkan lagi suasana pelancongan negara... best... seperti mana yang dilakukan setiap tahun... memang tak mengecewakan.. Tahun lepas diadakan di Putrajaya dan tahun ini kembali ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur dengan mengemukakan konsep 'Street Parade' dengan berjaya.  Jika dibandingkan dengan di Putrajaya.. konsep yang agak berlainan yang aku sendiri mengalaminya... rasa konsep street parade itu kurang dan kurang meriah, mungkin faktor keluasan Putrajaya kot?  Apapun... kejayaan kali ini diucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Pak Ngah Production (event management)..

Rabu, 28 April 2010

Think Tank Photo and Me

Sekarang saya selalu berbekalkan 2 probodies Nikon.. (D3s & D2Xs) dua sistem frame yang berbeza aku akan bersandarkan kepada D3s untuk keseluruhan imej dan D2Xs sebagai backup.  Range  lens dari 10.5 -200mm akan biasanya membantu dalam semua pengendalian imej.  Beg yang akan menggalas semua barangan aku ini adalah Think Tank ( Take Off  & Harness)...

Pergi ke lokasi dengan beg ni mmg memudahkan saya untuk bergerak walaupun beratnya hampir 20kg... Semasa saya check in di LCCT saya menggalaskan beg ini supaya memudahkan saya menarik beg pakaian saya.  Semua polisi penerbangan hanya membenarkan satu beg galas yang seberat maksimum 7 kg.  Dengan menggalas beg Airport TakeOff ini saya berjaya membawa 20kg ke dalam cockpit penumpang.  Tetapi sebaliknya bila saya menarik beg ni mcm beg pakaian di Kuching International Airport... saya diminta oleh attenden tiket untuk menimbang beg ini... dia pun terkejut melihat berat beg ini mencecah 20kg.  Saya cuba menjelaskan kepada dia dengna menunjukkan apa isi beg ini... dia terkejut sekali lagi bila melihat peralatan kamera dan laptop sahaja di dalamnya.  Satu lagi polisi besar yang tidak membenarkan barangan elektronik seperti kamera dan laptop di letakkan dalam senarai luggage... soo... lepas lah saya kali ni...
moral of the story... galas beg bila nak check in walaupun seberat 30 kilo...

Lawatan ke Lamin Dana, Tellian Jaya, Mukah, Sarawak

Lamin Dana bermaksud RUMAH LAMA dalam bahasa melanau klasik dan ditubuhkan pada 1999 oleh Diana Rose dan ahli keluarganya.

Tujuan utama Lamin Dana ditubuhkan adalah untuk memulihara dan membangkitkan semula semangat cintakan kebudayaan dan warisan tradisional Melanau serta melaluinya diwujudkan semual kumpulan kebudayaan, seni bina tradisional, kostum, pemakanan, kraftangan dan sebagainya.

Selain itu, Lamin Dana juga merupakan pemangkin untuk industri pelancongan di Mukah di mana Lamin Dana merupakan salah satu tarikan utama para pengunjung ke Mukah.  Lamin Dana merupakan satu produk eko pelancongan yang baru bagi Sarawak yang telah menerima lebih 4000 pelancong dari luar dan dalam negeri. 

-petikan dari Lamin Dana-