Rabu, 28 April 2010

Think Tank Photo and Me

Sekarang saya selalu berbekalkan 2 probodies Nikon.. (D3s & D2Xs) dua sistem frame yang berbeza aku akan bersandarkan kepada D3s untuk keseluruhan imej dan D2Xs sebagai backup.  Range  lens dari 10.5 -200mm akan biasanya membantu dalam semua pengendalian imej.  Beg yang akan menggalas semua barangan aku ini adalah Think Tank ( Take Off  & Harness)...

Pergi ke lokasi dengan beg ni mmg memudahkan saya untuk bergerak walaupun beratnya hampir 20kg... Semasa saya check in di LCCT saya menggalaskan beg ini supaya memudahkan saya menarik beg pakaian saya.  Semua polisi penerbangan hanya membenarkan satu beg galas yang seberat maksimum 7 kg.  Dengan menggalas beg Airport TakeOff ini saya berjaya membawa 20kg ke dalam cockpit penumpang.  Tetapi sebaliknya bila saya menarik beg ni mcm beg pakaian di Kuching International Airport... saya diminta oleh attenden tiket untuk menimbang beg ini... dia pun terkejut melihat berat beg ini mencecah 20kg.  Saya cuba menjelaskan kepada dia dengna menunjukkan apa isi beg ini... dia terkejut sekali lagi bila melihat peralatan kamera dan laptop sahaja di dalamnya.  Satu lagi polisi besar yang tidak membenarkan barangan elektronik seperti kamera dan laptop di letakkan dalam senarai luggage... soo... lepas lah saya kali ni...
moral of the story... galas beg bila nak check in walaupun seberat 30 kilo...

Lawatan ke Lamin Dana, Tellian Jaya, Mukah, Sarawak

Lamin Dana bermaksud RUMAH LAMA dalam bahasa melanau klasik dan ditubuhkan pada 1999 oleh Diana Rose dan ahli keluarganya.

Tujuan utama Lamin Dana ditubuhkan adalah untuk memulihara dan membangkitkan semula semangat cintakan kebudayaan dan warisan tradisional Melanau serta melaluinya diwujudkan semual kumpulan kebudayaan, seni bina tradisional, kostum, pemakanan, kraftangan dan sebagainya.

Selain itu, Lamin Dana juga merupakan pemangkin untuk industri pelancongan di Mukah di mana Lamin Dana merupakan salah satu tarikan utama para pengunjung ke Mukah.  Lamin Dana merupakan satu produk eko pelancongan yang baru bagi Sarawak yang telah menerima lebih 4000 pelancong dari luar dan dalam negeri. 

-petikan dari Lamin Dana-

Rabu, 21 April 2010

My Think Tank Airport TakeOff

Mukah, Sarawak

Tiket flight dah dibeli 3 bulan lepas bagi memastikan tambang murah betul2 dipraktiskan demi menjaga bajet sendiri :).  Seperti biasa aku akan meneliti peralatan yang hendak dibawa bersama terutamanya peralatan fotografi agar tiada yang ketinggalan.  Perjalanan dengan AirAsia ke Kuching pada 22hb April telah dirancang awal supaya malam tersebut aku teruskan ke Mukah... sampai pagi berikutnya.  Bas merupakan transport terbaik setakat ni sbb jalan ke Mukah bukanlah semudah yang disangka.  Aku akan updatekan perjalanan ini untuk dikongsi bersama...


"Dari segi sejarahnya, suku kaum Melanau telah bertapak dan membina tamadunnya lebih kurang 1000 tahun.  Pada kurun ke-11, kawasan Mukah merupakan salah satu tanah jajahan Majapahit.  Mukah telah dijual kepada keluarga Brooke oleh Sultan Brunei pada tahu 1860 dan merupakan kawasan terakhir yang diambil Kesultanan  Brooke.

Pada zaman dahulu, suku kaum Melanau mengamalkan sistem sosial hieraki iaitu Raja, pahlawan, orang bebas dan hamba abdi.  Di sekeliling kawasan Lamin Dana ada meninggalkan kuburan lama dan jerunei.

Orang Melanau juga terkenal dengan penanaman sagu ataupun rumbia.  Sagu merupakan makanan utama suku kaum Melanau dan juga merupakan asas pendapatan ekonomi mereka. Sagu juga merupakan bahan perdagangan utama dari dulu kala sehingga ke hari ini.

Kehidupan mereka yang berkisar disekitar penanaman dan pemprosesan sagu merupakan tarikan utama para pelancong ke Mukah." (petikan dari Lamin Dana)


Jumaat, 16 April 2010

XPCD ke Gunung Nuang

salam, dah lama jugak tak menjengok blog ini..... bla lalala...
... projek terbaru memanjat kontour geografi tinggi sikit dari biasa.... Gunung Nuang.  Persiapan fizikal tak berapa nak ready sangat sbb sibuk ngn kerja opis... tp dengan semangat 'redah je..." sy pun plan ngn wife sy untuk panjat gunung setinggi 4898 kaki.  Saya sempatlah di peringkat awalnya sbb oksigen masih ok... untuk mengabadikan dalam kamera saya... lepas tu... hanya spot2 tertentu sahaja dpt sy rakamkan suasana Gunung Nuang untuk rakan2 semua.
http://picasaweb.google.com/hazize.album/XPCDGunungNuang?feat=directlink