Selasa, 16 Disember 2008

Makyung bersama Rosnan Abdul Rahman


Makyung memang asing di Sarawak, tetapi bila berpindah ke KL, makyung selalu didengari sebab yang mengetuai Makyung Istana Budaya adalah Rosnan Abdul Rahman atau Cik Nan :-) , (BH) latihan selalunya dibuat kat tingkat atas pejabat Senireka, Istana Budaya(IB), sampaikan naik ... gak ler. Tapi disebabkan kekawan yang buat dan untuk matlamat pembangunan warisan dunia, bahagian kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada beliau dan artis budaya (Artistana) IB. Mana taknya setiap kali ada 'show', dia lah menjadi pegawai pengurusnya, marketingnya, heronya, make upnya.

Foto diatas diambil semasa persembahan di USM, November 2008, tajuknya "Endeng Tejali", dan saya berkesempatan lah merakam show ini. Banyak show yang akan dibuat lagi oleh IB pada tahun 2009 sama ada di IB sendiri dan juga persembahan merentasi semenanjung dan laut ke Sabah dan Sarawak (jgn lupa bawak kite). Teruskan usaha dan latihan! Tingkatkan warisan dan tamadun Melayu di antarabangsa (pun jgn lupa bawak d New York ;-)"

Tiada ulasan: