Isnin, 19 Oktober 2009

Post Proccessing dengan Camera RAW 5.0



Dalam usaha mempelajari perisian yang baru dikenali ini... Camera Raw 5.0 yang dimasukkan setelah saya install Adobe Photoshop CS4, memang memberikan saya peluang yg baik dalam menjimatkan masa saya utk memproses imej digital dan mengurangkan mata saya daripada melihat monitor yang biasanya memedihkan jika terlalu lama. Proses ini akan memudahkan kita dengan menggunakan preset yang dapat disediakan jika disimpan dalamnya. Proses ini sama seperti Adobe Lightroom (tak sabar nak memperolehi Lightroom) , jadinya jimat masa dan tenaga kita dan memberikan peluang untuk sesi fotografi dengan lebih banyak.

Photodesign_Time Lapse


Salam... ini adalah percubaan pertama saya untuk membuat perubahan dalam teknik fotografi saya. Semua persediaan dan latihan ini memberikan saya penjelasan yang fotografi ni mempunyai elemen yang begitu banyak sekali walaupun dengan klik sahaja. Saya gunakan sistem nikon D2Xs sebb D90 tak leh nak buat interval timer... so dengan D2Xs saya membuat setting yang pelbagai mengikut kemahuan saya... ditambah dengan Fisheyes 10.5mm saya setupkan dengan melekatkan kamera di meja saya meletakkan Macbook Pro, super clamp merupakan tool terbaik untuk mengikat body sebesar D2Xs dengan baik...

Last sekali setelah dapat imej tersebut saya hanya menggunakan iMovies utk menggabungkan semua imej dalam format video...

saksikanlah..

Isnin, 7 September 2009

Ternakan Khinzir di Jalan Landeh Padawan

Salam,

Saya adalah penduduk Kampung Paya Mebi yang tinggal di situ sejak 35 tahun lalu. Pekan Batu 10 atau baru-baru dikenali sebagai Pekan Sentosa di bawah Majlis Perbandaran Pekan Sentosa telah membangun dengan pesat walaupun keadaan jalannya semakin teruk. Tetapi apa yang menjijikkan bagi saya dan penduduk Kampung Paya Mebi dan Landeh yang majoriti beragama Islam adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke kampung kami mempunyai kawasan ternakan khinzir yang setahu saya telah beroperasi selama 20 tahun dulu. Kedudukan kawasan ternakan itu betul-betul di sebelah jalan ke kampung kami dan setiap kali kami melalui jalan itu untuk ke Bandaraya Kuching setiap hari terpaksa menghidu bau yang tidak menyenangkan. Selama 20 tahunlah kami terpaksa mengalami trauma untuk lalu jalan itu kerana terpaksa menutup hidung dan apa yang teruk lagi adalah kawasan sekitar itu sekarang telah dibangunkan untuk taman perumahan. Penduduk di situ adalah dari pelbagai kaum termasuk yang beragama Islam. Keadaan bertambah memeritkan kalau sesudah hari hujan kerana bau yang tidak menyenangkan itu boleh dihidu setengah kilometer dari kawasan ternakan itu.

Saya merasakan sudah sepatutnya perusahaan khinzir ini dihentikan disebabkan keadaan penyakit H1N1 ini semakin berleluasa. Keadaan ini akan menambahkan lagi penyakit yang berkaitan. Kita pernah gempar dengan penyakit berjangkit seperti JE (Japanese Encephalitis) dan sekarang H1N1, tetapi perusahaan ternakan ini masih utuh walaupun bangunannya semakin usang. Kebersihan dan keadaan sekeliling kilang ternakan ini terlalu usang dan posisinya yan ghanya bersebelahan sejauh 10 kali dari tepi jalan sudah semestinya menganggu pemandangan sepanjang perjalanan ke kampung Paya Mebi, Kampung Sebuak dan Kampung Landeh. Nampaknya mungkin setelah sekian lama tiada sebarang aduan yang telah dibuat daripada penduduk atau tiada penguatkuasaan daripada pihak berkuasa tempatan sehinggakan keadaan seperti ini tiada perubahan walaupu sudah 30 tahun. Sepanjang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan telah melihat perubahan di sini yang pesat membangun, saya kecewa apabila melihat keadaan kampung saya yang mana kawasan Barisan Nasional dan setiap kali pilihanraya, calonnya sentiasa menang tanpa bertanding. Sekembalinya saya ke kampung pada Mei lepas, sekali lagi saya terhidu udara yang kurang sihat ini dan pemandangan saya terganggu apabila keusangan kilang perusahaan khinzir ini tidak terurus walaupun pengusahanya semakin kaya raya.

Jadinya saya merayu kepada sesiapa yang berkaitan di sini untuk memandang serius dan bekerjasama untuk menangani situasi ini supaya tidak berlarutan sehingga generasi anak saya untuk mendiami kampung warisan kami.

Rakyat Menderita.
Kampung Paya Mebi