Jumaat, 5 Jun 2009

"Dalang" oleh Rahimidin

Seorang kawan dan rakan sepejabat yang aktif dalam karya-karya kreatif terutama penulisan dan seni persembahan. Jarang jumpa karyawan yang sanggup buat sesuatu yang berani dalam memperjuangkan falsafahnya. Isu-isu yang selalu diperbualkan di meja sarapan pagi ngn mkn petang... dipersembahkan di Blackbox DBP, dlm drama beliau seperti di dalam "Dalang"...





Rabu, 3 Jun 2009

Sibuk di Lokasi Shooting



Salam,

Macam ni ler situasi masa cover wedding puteri Puan Rokiah kat Klang, nasib baik ada Mohsein untuk bantu cover weddin ni gak, kalau tak penat gak, luar dalam. Sempat jugak ler nak posing. Mmg jarang dapat dirakam sebab tak bawak 2nd fotografer, biasa Lone Ranger je.

Jumpa lagi di post akan datang!!!!


Dah Lama Tak Jumpa...

Salam

Kebelakangan ni memang sibuk ngn kerja yang berlambak sampaikan tak sempat nak jengok blog ni pun.. so jadinya walaupun tak byk nak dicatatkan tetapi aktiviti ttp banyak. Salah satunya adalah yang paling besar.. pindah rumah baru, rumah sendiri yang menjadi mahligai famili ku. Yang lain nye.. biasa ler, fotografi sana sini untuk mengisi masa lapang dan isi poket yang kekadang kering.


Dari bulan Mac hingga Jun ni aku telah memberikan khidmat fotografi kepada ramai pengantin dari KL hingga ke Sarawak. Didahulukan dengan aku diterbangkan ke Simunjan, Sarawak, perkahwinan kawan baik dari sekolah rendah lagi, Mohtadin dengan Siti Rahayu. Seronok gak boleh merakam detik manis kawan yang rapat ngn aku kahwin dan akulah yang ada ngn di sepanjang masa, masa nikah, bersanding. Dari zaman bujang lagi kami bersama, sampai kan dia nak menamatkan zaman bujang pun aku ada sekali, seperti mana dia temankan aku masa nak pinang orang rumah aku... Tahniah dan Terima kasih, Din.



Bulan Mac, mahligai Fadil dan Azlene terbina di Subang Jaya ( Sunway). Terima kasih kepada pasangan mesra ni sbb memberikan peluang ini.



Bulan April plak aku memenuhi permintaan akak baik aku, Kak Kiah (Puan Rokiah(terima kasih kak)) untuk cover perkahwinan puterinya, Iha (Idzihar) ngn kekasih nya, Am (Deli) . Dari tarikh pertunangan hingga ke persandingan, aku merakam semua detik-detik terindah mereka berdua , dan sempat jugak buat sesi foto outdoor. Dua pasangan yang tak reti nak duduk diam, asyik bergurau je... bagus gak tuuu.. tapi bila suruh berlakon jadi kaku, keras. so jadinya say just minta mereka relax n buat gurauan tu n lama kelamaan, baru dapat momentum tu, beraksi lah mereka depan lensa dengan selamba.

Bulan Mei, masa tulah sibuk berpindah randah ke rumah baru (tak sempat nak pegang kamera pun) rumah pun tak siap sepenuhnya untuk kita orang berpindah, namun terpaksa gak sebab dah bagi notis keluar. Dalam sibuk-sibuk tu aku tunaikan kontrak ngn K.E dan Zeita yang diperkenalkan oleh kawan untuk cover majlis bertandang di Kajang.

Jumaat, 27 Februari 2009

XPDC Kinabalu 2009

Jejak Rimba , KeRIS, buat xpdc ke Gunung Kinabalu, so aku tak nak terlepas peluang ni untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara. Semua ahli Jejak Rimba ni dah bersedia habis ler, latihan pergi gunung2 sekitar N9. Yang aku ni, setakat jogging je, nak dapatkan fitness konon. Tapi bila dah memijak kaki gunung, aku dah readykan kamera aku. Lens 12-24mm ngn 18-70mm aku bawak utk cover story Jejak Rimba ni (:-><) Sepanjang perjalanan aku tembak ler, kekawan yang sesama O2nya dan tenaganya, sampai KM4, aku pun dah naik n nait penat. Kamera pun semakin jauh dari tangan aku, simpan dalam beg je, hehehe. So setakat yang ade je ler, enjoy!!!Photomerge di kaki gunung Kinabalu. Nice hah!!!!!

Selasa, 17 Februari 2009

Pakej Perkahwinan 2009



Alam perkahwinan adalah unik dan istimewa...

Untuk merakamkan saat-saat istimewa ini, anda tentu sekali memerlukan seorang jurugambar yang mampu menghasilkan sesuatu imej yang juga istimewa. Imej yang dirakamkan sepanjang saat-saat istimewa ini perlu diabadikan dalam bentuk yang istimewa agar mampu bertahan dan dapat dihayati oleh generasi akan datang.

Oleh sebab itu, saya tidak menetapkan pakej-pakej yang tetap tetapi memberikan pilihan kepada pelanggan sebagai bakal pengantin untuk menentukan pakej mereka sendiri. Hubungi saya untuk mendapatkan temujanji dan kami amat berbesar hati untuk menunjukkan hasil kerja saya untuk dinilai oleh anda, berserta pilihan pakej yang tawarkan .

Berminat? Sila sertakan butiran-butiran berikut :-

  1. Jenis Acara : Tunang/Akad/Sanding/Outing/Pre-Wedding/Post-Wedding/Event
  2. Tarikh & Masa :
  3. Lokasi & Alamat :

Hubungi saya sekarang melalui:-

  • Emel : hazize_san@yahoo.com
  • Tel : 0132321803

Kumpulan pelanggan terawal yang membuat tempahan akan mendapat tawaran yang lebih istimewa!

Pakej bermula dari RM400.00!!*