Isnin, 14 Julai 2008

4x4 Jamboree, Ulu Yam_2008




First time cover offroad event, gelabah gak, tak tahu mana angle yang sesuai. Sampai-sampai dah penuh orang, peserta 4x4 dan photographer yang kemungkinan besar menyertai pertandingan anjuran Nikon. Rasanya kali ni yang paling mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk meredah sungai untuk ke seberang dengan membawa equipment belasan ribu ringgit (tanpa insuran ooo). Setahu saya hanya SS5 saja yang paling mancabar kerana peserta terpaksa meredah batu sungai yang besar. Banyak yang sangkut, tayar pecah, kereta terbalik, dan banyak insiden lain yang extreme.

Sabtu, 5 Julai 2008

Sambutan Gawai_Sarawak2008



Kumang Gawai 2008


Selamat Hari Gawai_2008



Kesempatan balik ke Kuching Jun lepas tidak disia-siakan. Pesta dibuat di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Orang ramai datang dari pelusuk kampung sekitar Kuching, Bau, Serian, Tabuan, Samarahan, Padawan, banyak lagi ler. Ini adalah beberapa shoot yang sempat diambil di luar stadium. CLS digunakan untuk pelbagaikan teknik dan angle. Bestt ooo bila dapat shoot yang cantik dengan model yang beraksi.

Petikan latarbelakang :"Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai."