




Kesempatan balik ke Kuching Jun lepas tidak disia-siakan. Pesta dibuat di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Orang ramai datang dari pelusuk kampung sekitar Kuching, Bau, Serian, Tabuan, Samarahan, Padawan, banyak lagi ler. Ini adalah beberapa shoot yang sempat diambil di luar stadium. CLS digunakan untuk pelbagaikan teknik dan angle. Bestt ooo bila dapat shoot yang cantik dengan model yang beraksi.
Petikan latarbelakang :"Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai."
Majlis ini berlaku dalam satu hari iaitu pada 6 hb Jun, hari Jumaat, akad nikah diada di sebelah pagi dan persandingan serta resepsi diadakan pada malam. Wowwww penat ooooo.
Rakan sepejabat, Hanida mengadakan majlis respesinya secara besar-besaran di Istana Budaya (IB) . kekawan, sepupu sepapat, bos-bos datang menghadiri majlis tersebut. Macam biasa, bila dah bertugas dengan memegang kamera, buzy ler sgt ke hulu ke hilir bawak 2 bodies Nikon. Biasanya dalam keadaan yang segalanya pantas, 2 kamera mmg mambantu banyak. Satu body dengan 70-200 dan dan lagi wide 17-55. Majlis ini dibuat kat pejabat kami lerrr. Jadinya persiapan dibuat oleh rakan2.