Sambutan Tahun baru Cina di Bukit Bintang , 1st time buat street festive, sangat meriah, sangat sesak dan panas dengan kehadiran warga KL dan pelancong.
Tarian Melayu yang merangkumi kombinasi tarian, muzik dan drama ini mula bertapak di Pattani dan tersebar di pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan sejak 400 tahun dahulu. Dengan penggunaan kostum yang sangat menarik, tarian unik ini turut diserikan dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai terutamanya ketika segmen keluar masuk pelakon.
Fotos ini diambil semasa persembahan Makyung Endeng Tejeli oleh kumpulan Mak Yong Istana Budaya di Lambang Sari.